...

Sunday, September 30, 2012

Kumpulan SOFAZ Kahwin???

Bismillah. Alhamdulillah. Pada hari ahad 30 september 2012 bersamaan 14 Zulkaedah 1433H sorang lagi kawan admin dah kawen iaitu Mohd Farith Esmir Bin Hamzah atau nama gelarannya 'Sofaz' dan isterinya Siti Salwa Binti Mohd Faudzi. Macam biasa PGISM dijemput untuk persembahan silat. Wakil pesilat dari Langkah Bromo Panca Laksamana dan Pukulan Melaka juga turut menyumbangkan langkah mereka. Sebelum buat persembahan silat, sempat lagi kami men'sumbang'kan lagu di Majlis tersebut. Majlis berjalan dengan lancar dan meriah. Tahniah Buat pasangan pengantin dan Selamat Pengantin Baru dari PGISM. 

 Sayu Hati...Sedih Gembira... sob2..

 Mereka yang terlibat dalam persembahan silat

 yang budak kecik baju ungu tu x main.. dia anak keladi

bergambar di gerbang

 pendekar..

 tragedi Oktober,,,

 karok dulu!!

Antara aksi2 persembahan silat:







~~~~~ SemogaKekalHinggaKeSyurga.~~~~~

Dato' Ali Rustam dapat menantu...

Bismillah.. Alhamdulillah.. Bersyukur pada ALLAH pada tanggal 30 september 2012 ketua menteri kita Dato' Ali Rustam telahpun selamat menyambut menantu pertama beliau. Pasangan pengantin Mohd Ridhwan(26) dan Nur Azieha (26) telahpun disahkan sebagai suami dan isteri pada tanggal 28 september 2012 iaitu pada hari pernikahan mereka. Majlis persandingan mereka telah berlangsung di sekitar kawasan Dewan Tun Ali Bukit Katil. Turut disajikan dengan pelbagai persembahan seperti nyanyian liveband, joget dan perbarisan silat Melaka. Boleh dikatakan seluruh warga Melaka berkesempatan untuk datang. makanan tak payah cakap, memang banyak menu. Kira-kira 130,000 tetamu memeriahkan majlis perkahwinan anak sulung Ketua Menteri kita, sekali gus mencatatkan jumlah kehadiran teramai dalam majlis perkahwinan diadakan. Perkara itu disahkan wakil Malaysia Book of Records (MBR) yang turut berada di majlis berkenaan dan sijil disampaikan wakil MBR, Zulhairi Md Zin kepada Mohd Ali pada jam 5.30 petang. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pun turut menyerikan lagi majlis persandingan pasangan pengantin baru itu. kita doakan Moga2 pasangan ini Kekal dan sentiasa dirahmati ALLAH hingga ke syurga. Amin..

pengantin bersantap. Senyum lebar Ridhwan

 Ha.. mana nak letak air sponsor dari Orang Kampung tu??

bergambar bersama pasangan pengantin

SELAMAT PENGANTIN BARU!!

Majlis Santapan TELEKOM MALAYSIA

Bismillah.. Alhamdulillah. Majlis Santapan TELEKOM Malaysia telah berlangsung dengan meriahnya bertempat di dewan MITC Melaka pada 29 september 2012. Pelbagai jenis persembahan seperti tarian, nyanyian, bacaan syair, lawak jenaka dan yang paling penting persembahan silat juga tidak terkecuali.  Kalau dah buat majlis besar2 macam ni di Melaka, wajib ada persembahan silat. Persembahan silat telahpun disempurnakan oleh PGISM. Persembahan kali ini special sikit sebab Pak Guru Yahya turut bersilat bersama anak buah membuka gelanggang tiga aras. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran pelawak Malaysia Os dan Abon yang menghuru harakan majlis dengan lawak mereka. Kalau ada JOZAN skali pon OK gak kan. DJ Lin yang juga merupakan ahli PGISM turut memeriahkan lg majlis tersebut. Overall majlis telah berjalan dengan lancar seperti yg dirancangkan Alhamdulillah. Tahniah buat TELEKOM MALAYSIA!! 

Pak Guru Yahya Buka Langkah

 Lima Panglima

 Cakaran Harimau

 bermula aras bawah..

 DJ Lin yang memeriahkan majlis

 Pelawak Os dan Abon yg huru hara


Hulubalang yang mengawal istana

Friday, September 28, 2012

Mesyuarat Agong UMNO2012 Negeri Melaka

Bismillah.. Alhamdulillah..Macam Biasa la PGISM telah dijemput untuk membuat persembahan silat. kali ini untuk menyambut VVIP Dato' Ali Ruslam di mesyuarat UMNO Melaka 2012. Persembahan buka gelanggang beramai-ramai dan solo keris melambangkan ke'gah'an Melayu yang ada pada bendera UMNO.

Mereka yang terlibat

Perasmian Pembukaan Festival Hang Tuah 2012

Bismillah.. Alhamdulillah. pada 26 september 2012 Perasmian Pembukaan Festival Hang Tuah 2011 telah diadakan. Mereka yang terlibat ialah Hj Mokhtar dari Pukulan Melaka 60an, Dtk Zaini dari Gayung Purba 60an dan Cikgu Zaini Gayung Gerak Serentak dan guru Yahya Omar dari Gerak Insan Seni. InshaALLAH festival tersebut akan diadakan pada bulan Desember 2012 dan akan lebih meriah dengan kehadiran kalian nanti. Semua dijemput hadir




Wajah-wajah Penggerak Silat Melayu

Lagi murid PGISM kahwin...

Bismillah.. Alhamdulillah..Bertarikh 08 September 2012 seorang lagi anak murid PGISM telah selamat mendirikan rumah tangga. Siti Hajar Jaafar dan suaminya dengan set pakaian merah. Yang sebelah 'oh kak Siti' tu pun inshaALLAH tak lama lagi akan berlansung jugak. Maaf ler gambar pengantin tgh ternganga.ni jer gambar yang ada. Selamat pengantin baru semoga kekal hingga ke syurga.

dipelamin indah..

 Serba Merah

Thursday, September 27, 2012

Majlis Perpisahan Kelab Silat

Tn Guru Bersama anak2 murid..

Bersama guru pengiring silat 

Pelbagai gaya,,



Bismillah..Alhamdulillah.. Setiap pertemuan ada perpisahannya,,, yg pergi takkan kembali..tp yg ni bukan pisah slama-lamanya, ni kire kelab silat kena bercuti la sbb pelajar2 da kena fokus pada final exam depa. Alhamdulillah, ni la anak2 muda yg akan meneruskan perjuangan silat warisan nenek moyang.. jgn la da abis skola nanti tak bersilat pula.. kena teruskan, tak kira la dimana anda berada silat tetap dihati. Ilmu klu tak amal lupa plak nanti. klu lupa tak bole la nak ajar kat anak2 atau orang lain.. SoSelamatBeramal..