...

Tuesday, April 28, 2009

8.Silat pengantin Alor Gajah

tempur bersenjata
kalau berani masuk la!!

tempur tanpa senjata
ketangkasan kelek dan selak..


tempur wanita
hati-hati nak ngorak awek ni..


tempur kanak-kanak...
melentur buluh biar dari rebongnya

PGISM mengenengahkan pelbagai lapisan masyarakat seperti kanak-kanak, wanita dan ramaja dalam memperagakan silat tradisi Melayu..

Monday, April 27, 2009

7.pertunjukan silat pelancong

saksikan... hamba akan terbang sebentar lagi...


amik ni... pukulan maut!


silat melambung-lambung..



aik... apsal ko ada kat blakang aku?>....



antara aksi2 ganas yang membuatkan pelancong tertarik...
Oleh kerana Melaka terkenal dengan sektor perlancongannya.. maka banyaklah aktiviti terancang yang dilakukan oleh warga Melaka untuk menarik lebih ramai pelancong dari laur negara. PGISM telah sering dijemput untuk memperagakan silat serta mempermainkan alat muzik tradisional di kampung pengkalan batu atau lebih dikenali dengan nama kampung pelancong dengan reka bentuk rumahnya yang masih menunjukkan bentuk rumah tradisi Melaka.

6.Sambutan Dato' shahrukh Khan

kami semua da lama main silat... tp xdpt gelaran Dato' lg.. huhu..

Pada 10 desember 2008 PGISM telah dijemput untuk menyambut ketibaan Dato' shahruk Khan di sungai Taman rempah. antara persembahannya ialah tempur keris, solo tetpi, tempur tanpa senjata, serta gerakan bunga 3 serangkai.

5.penggerak utama PGISM


lima penggerak utama PGISM yang telah banyak menyumbang tenaga, buah fikiran dan sebagainya dalam memperkembangkan persatuan. Terdiri daripada jurulatih muda Mohd Sufian Yahya, jurulatih muda Hafiz Yahya, Tuan Guru Yahya Omar, jurulatih muda Mohd Sufi Yahya dan jurulatih muda Mohd Hanif Yahya.

4.aktiviti mengacau dodol



pada 28 september 2008, gerak insan seni telahpun menyumbangkan tenaga dalam majlis kacau dodol di rumah ayahanda Marwan. seramai 10 orang wakil dari PGISM telah mengambil bahagian. Majlis tersebut telah bermula pada pukul 10 malam selepas menunaikan solat tarawikh dan bersurai pada pukul 5 pagi apabila dodol telah pun siap.

3.lakonan budaya


pada tanggal 10 disember 2008, PGISM telah terlibat dalam persembahan budaya anjuran jabatan kebudayaan negeri melaka bertempat di ayer keroh melaka. Dalam mengimbau sejarah Melaka, persembahan lakonan aksi silat ketika lanun menyerang Istana Melaka dan telah dipertahankan oleh dua panglima istana. persembahan tersebut sungguh mendapat perhatian daripada para tetamu.

2.antara aksi-aksi dalam persembahan

aksi silat dalam majlis perkahwinan






PGISM bergerak aktif bukan sahaja di Melaka tetapi juga di luar negeri dalam melebarkan sayap ilmu persilatan. PGISM telah berpengalaman memperagakan pertunjukan silat di serata tempat. antara majlis-majlis yang sering diundang untuk membuat persembahan silat ialah sambutan VVIP, perasmian majlis, persembahan seni Budaya, dan yang paling banyak adalah persembahan silat majlis perkahwinan. oleh kerana di Melaka terkenal dengan adat bersilat depan pengantin, Gerak Insan telah dipilih untuk memperagakan silat seni. Antara bentuk-bentuk persembahannya termasuklah tempur solo, tempur buah tangan kosong, tempur bersenjata keris, bamboo, parang, pisau dan tetpi, tiga serangkai, dan persembahan berkumpulan.

1.editor