...

Sunday, September 30, 2012

Dato' Ali Rustam dapat menantu...

Bismillah.. Alhamdulillah.. Bersyukur pada ALLAH pada tanggal 30 september 2012 ketua menteri kita Dato' Ali Rustam telahpun selamat menyambut menantu pertama beliau. Pasangan pengantin Mohd Ridhwan(26) dan Nur Azieha (26) telahpun disahkan sebagai suami dan isteri pada tanggal 28 september 2012 iaitu pada hari pernikahan mereka. Majlis persandingan mereka telah berlangsung di sekitar kawasan Dewan Tun Ali Bukit Katil. Turut disajikan dengan pelbagai persembahan seperti nyanyian liveband, joget dan perbarisan silat Melaka. Boleh dikatakan seluruh warga Melaka berkesempatan untuk datang. makanan tak payah cakap, memang banyak menu. Kira-kira 130,000 tetamu memeriahkan majlis perkahwinan anak sulung Ketua Menteri kita, sekali gus mencatatkan jumlah kehadiran teramai dalam majlis perkahwinan diadakan. Perkara itu disahkan wakil Malaysia Book of Records (MBR) yang turut berada di majlis berkenaan dan sijil disampaikan wakil MBR, Zulhairi Md Zin kepada Mohd Ali pada jam 5.30 petang. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pun turut menyerikan lagi majlis persandingan pasangan pengantin baru itu. kita doakan Moga2 pasangan ini Kekal dan sentiasa dirahmati ALLAH hingga ke syurga. Amin..

pengantin bersantap. Senyum lebar Ridhwan

 Ha.. mana nak letak air sponsor dari Orang Kampung tu??

bergambar bersama pasangan pengantin

SELAMAT PENGANTIN BARU!!

No comments:

Post a Comment