...

Wednesday, December 15, 2010

PERASMIAN MASJID SAIDINA ALI… MELAKA TENGAH

Dato' Najib yang merasmikan masjid Saidina Ali.. mesra rakyat
Berdoa sebelum majlis bermula... memohon berkat ALLAH huRabbi
Lima pendekar yang terlibat..


Alhamdulillah pada 15 disember 2010, PGISM telahpun selesai mengiringi Dato’ Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam majlis perasmian masjid saidina Ali daerah Melaka Tengah.. seramai 5 orang pendekar PGISM telah terlibat dalam mengiringi Perdana Menteri. PM telah sama-sama bersembahyang zohor secara berjemaah bersama rakyat negeri Melaka dari pelbagai daerah. ‘’Membangun bersama Islam’’

Tuesday, December 14, 2010

BERSAMA MEMARTABATKAN PERSEMBAHAN SILAT PENGANTIN

persembahan penutup oleh pak guru

tempur tangan kosong kanak-kanak.. bersemangat..

tempur tangan kosong remaja... buah kunci...

tempur keris dewasa.. tangkas..

pemuzik yang menyerikan persembahan..

bersama En. Marwan dan Pak Guru Yahya



Salam perjuangan… pada 21 November 2010 di Bertam Hulu Alor Gajah Melaka, PGISM telah dijemput untuk memperagakan silat dihadapan pengantin yang dimulakan dengan mengiringi pengantin dalam perarakan sambutan . Tahniah diucapkan kepada Mr. Amiruddin yang merupakan ahli gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan juga isteri. Semoga kekal hendaknya inshaALLAH..

Sunday, December 12, 2010

LARIAN MELAKA MAJU 2010


bersama Tuan Guru Yahya
lima pendekar

PGISM turut terlibat dalam memberi sokongan kepada negeri melaka yang telahpun mendapat status Negeri Maju kerana telah melepasi 32 kriteria standard yang ditentukan oleh Panel penilai global iaitu OECD. Salah satu program iaitu LARIAN MELAKA MAJU 2010 telahpun diadakan bagi menunjukkan semangat rakyat melaka dalam memaju jayakan negeri Melaka. Larian ini telah pun disertai oleh ratusan warga negeri Melaka bersama-sama dengan ketua menteri Melaka Dato' Ali bin Mohd Rustam... seperti biasa PGISM telah membuat persembahan untuk menyambut ketibaan rakyat melaka yang menyertai larian besama Ketua Menteri di Daratan Majlis Bandaraya Melaka Bersejrah (MBMB).

Saturday, June 26, 2010

SUKMA melaka 2010

bersemangat.....

wakil dari Gerak Insan Seni. sufi.. sufian..
Atlet dan Jurulatih....
antara wajah-wajah atlet Pencak Silat Melaka 2010....

Pada 9-17 jun 2010 acara pencak silat telah pun dipertandingkan bertempat di Dewan A MITC Ayer Keroh Melaka. Hasil daripada pertandingan tersebut, Pasukan Pencak Silat Melaka berjaya meraih 3 emas, 2 perak dan 2 gangsa sekali gus mendapat tempat ke 3 keseluruhan.... Hidup silat melaka! semoga memperoleh pencapaian yang lebih tinggi di SUKMA akan datang.. InshaAllah..

Wednesday, June 16, 2010

Pembukaan Gelanggang

Membentuk kekuada langkah asas..


Aktiviti regangan...



Selamat datang diucapkan kepada pelajar baru PGISM dari madrasah Muqarrabin Melaka. Gelanggang ini telah dibuka pada 20 feb 2010. diharapakan ilmu silat yg diperoleh mereka dapat memantapkan lagi ilmu yang ada didada mereka selain menjadi hafis Al- Quran. demi mempertahankan agama, bangsa dan negara...

Monday, January 11, 2010

LAPORAN TERHADAP KEBIADABAN BLOGGER.

antara yang terlibat
memberi laporan sampingan.....
Pak Guru Yahya dan Mohd Marwan

isu panas..... terdapat segelintir blogger yang biadap dan tidak menghormati penganut agama lain sehingga sanggup memberi kata-kata yang boleh menyebabkan ketidakpuashatian terhadap pihak lain di dalam blog. Antara isunya ialah memberi cadangan untuk menjadikan Malaysia sebagai NEGARA REPABLIC serta MENGHAPUSKAN MAJLIS RAJA-RAJA di Malaysisa. hal ini menunjukkan sikap tidak menghormati perlembagaan negara yang menjadi undang-undang tertinggi di Malaysia. antara NGO yang terlibat dalam membuat laporan tersebut ialah Yayasan Perwira, GPMS dan juga Perguruan gerak insan seni.

KEMPEN BANTAHAN PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH AGAMA LAIN

Apabila Pak Guru Yahya berbicara......
walaupun tidak berpuas hati, mereka tetap guna cara yang profesioanl..
Antara mereka yang terlibat....

Seperti yang kita sedia maklum, umat islam di Malaysia telah digegarkan dengan penggunaan nama ALLAH dalam penulisan katolic kristian baru-baru ini. Sebagai umat islam yang 100% tidak bersetuju tentang isu tersebut, satu kempen bantahan telah diadakan pada 7 jan 2010 di perkarangan masjid MITC. Beberapa buah NGO telah mengambil bahagian dalam bantahan tersebut. Antaranya ialah GPMS, PEKIDA dan PGISM.

Friday, January 8, 2010

Memperkasa Silat Melayu

tetamu jemputan.....

Antara peserta yang datang dari Johor.. gerak serentak..



pemuzik tradisional yang menyerikan lagi pertandingan
hebat bertempur senjata

tempur kosong yang mantap
pak Guru Yahya Dan Ckg zaini memerhati....
ganas........ tempur parang

Pada 12 dis 2009 bermula jam 8 am hingga 12.30 pm, satu Program Merakyatkan Seni Melayu- Memperkasa Silat Melayu telah diadakan bertempat di kg. Kelubi Jasin Melaka. Perguruan Gerak Insan Seni telah terlibat dalam menganjurkan pertandingan silat seni yang merupakan salah satu sukan rakyat dengan kerjasama unit Kebudayaan Negeri melaka dan JKKK kg. Kelubi Jasin. Antara juri yang terlibat dalam pertandingan tersebut ialah cikgu Zaini Chorong dari perguruan Gerak Serentak batu pahat Johor yang dijemput khas sebagai ketua juri, Pak Guru Yahya sebagai ketua pertandingan, Cikgu Helman, Ckg Jaafar dan Ayahanda Zainal sebagai juri 1,2,3 dan Mohd Sufi sebagai juri masa. Pertandingan tersebut telah disertai oleh pelbagai perguruan silat bukan sahaja dari melaka namun ianya juga turut melibatkan perguruan dari negeri sembilan dan johor. Selain silat seni, Sukan rakyat yang turut juga diadakan adalah seperti tarik upih, congkak dan sebagainya.