...

Monday, January 10, 2011

SAMBUTAN TAHUN BARU 2011

tempur parang dan bambu

tempur tangan kosong

solo parang,


Selamat tahun baru diucapkan kepada semua.. Pada 1.1.2011, Perguruan Gerak Insan Seni Malaysia telahpun dijemput untuk membuat persembahan silat di atas pentas iaitu di majlis sambutan tahun baru bahagian air molek yang telah dirasmikan oleh Dato’ Yunus. Semoga tahun baru ini memberi perubahan yang positif kepada setiap insan yang bergerak ( gerak insan)…


MAYANG DI ULIK..... KAHWIN

tempur tangan kosong

tempur keris.. ganazz...

pengantin yang turut bersilat

Persembahan pembukaan

pada 8 januari 2011, bertempat di kandang melaka, PGISM telah memperagakan silat pengantin. tapi kali ini berlainan sedikit kerana pasukan Silat membuat persembahan menggunakan lagu ulik mayang di ulik dan semerah padi ( hasrat pengantin). bukan itu sahaja, pengantin lelaki juga turut membuka silat bersama-sama ahli silat dan pengantin perempuan (puteri 7) bersama 6 orang puteri telah menari untuk menyambut pengantin lelaki... sangat unik.. tahniah buat pasangan pengantin.

PERSEBAHAN SILAT PENGANTIN

mereka yang terlibat di Shah Alam..

mereka yang terlibat di batu berendam..


Pada 25 desember 2010 Pasukan silat PGISM telah pun dijemput untuk membuat persembahan di hadapan pengantin bertempat di batu berendam, Melaka. Pada tarikh ini juga sebahagian lagi ahli PGISM dijemput untuk memperagakan silat di majlis perkahwinan Datuk Hj Rahim bin Abu bertempat di Shah Alam, Selangor. Biasalah, musim-musim cuti skola ramai orang buat majlis kahwin.... Di majlis ini, silat telah diperagakan untuk menyambut ketibaan YB Dato’ Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka.


AHLI PGISM KAHWIN

sufi bersama pasangan Hafizi dan Maizuin..

tempur remaja tangan kosong

tempur keris

tempur parang dan bambu

solo penutup

solo pembukaan

Pada tanggal tahun baru 1.1.2011 pasangan Hafizi dan Maizuin telahpun melangsungkan majlis persandingan mereka bertempat di bemban iaitu dirumah sebelah perempuan dan 2.1.2011 dirumah sebelah lelaki. Kedua-dua mempelai merupakan ahli PGISM yang berdaftar di sekolah menengah Bemban Melaka. Jika sebelum ini mereka membuat persembahan untuk pengantin, hari ini mereka pula dipersembahkan oleh pasukan silat. Tahniah buat pasangan Hafizi dan Maizuin, semoga berbahagia.

SAMBUTAN KRISMAS 2010





salam 1 MALAYSIA. Pada 26 desember 2010, PGISM telah pun di jemput untuk hadir ke majlis sambutan krismas 1 malaysia yang diadakan di Ujung Pasir, taman portugis Melaka. Semua kaum yang ada di negeri Melaka adalah terbuka untuk hadir pada malam itu.


MEMARTABATKAN LAGI SILAT




mereka yang terlibat

tempur keris.



tempur harimau dewasa

tempur kanak-kanak tangan kosong

silat penutup oleh Tuan Guru Yahya