...

Friday, January 8, 2010

Memperkasa Silat Melayu

tetamu jemputan.....

Antara peserta yang datang dari Johor.. gerak serentak..



pemuzik tradisional yang menyerikan lagi pertandingan
hebat bertempur senjata

tempur kosong yang mantap
pak Guru Yahya Dan Ckg zaini memerhati....
ganas........ tempur parang

Pada 12 dis 2009 bermula jam 8 am hingga 12.30 pm, satu Program Merakyatkan Seni Melayu- Memperkasa Silat Melayu telah diadakan bertempat di kg. Kelubi Jasin Melaka. Perguruan Gerak Insan Seni telah terlibat dalam menganjurkan pertandingan silat seni yang merupakan salah satu sukan rakyat dengan kerjasama unit Kebudayaan Negeri melaka dan JKKK kg. Kelubi Jasin. Antara juri yang terlibat dalam pertandingan tersebut ialah cikgu Zaini Chorong dari perguruan Gerak Serentak batu pahat Johor yang dijemput khas sebagai ketua juri, Pak Guru Yahya sebagai ketua pertandingan, Cikgu Helman, Ckg Jaafar dan Ayahanda Zainal sebagai juri 1,2,3 dan Mohd Sufi sebagai juri masa. Pertandingan tersebut telah disertai oleh pelbagai perguruan silat bukan sahaja dari melaka namun ianya juga turut melibatkan perguruan dari negeri sembilan dan johor. Selain silat seni, Sukan rakyat yang turut juga diadakan adalah seperti tarik upih, congkak dan sebagainya.





No comments:

Post a Comment