...

Tuesday, August 25, 2009

pada 2hb ogos 2009, ekoran daripada perhimpunan pendekar di MITC, semua perguruan silat dijemput untuk memperagakan persembahan silat yang diadakan di menara taming sari bertujuan untuk mengetahui corak permainan silat-silat yang ada dan secara tidak langsung mempromosikan produk baru iaitu Menara Taming Sari kepada para pelancong di Melaka
Pak guru Yahya ketika menerima sijil penghargaan
lima pendekar yang mewakili PGISM
Pak Guru Yahya bersama beberapa orang guru silat lain..



Salam pendekar.. pada tarikh 1hb ogos 2009, PGISM telah dijemput untuk sama-sama menghadiri Program Pahlawan Melaka Seni dan Inspirasi bertempat di MITC melaka. Majlis tersebut bukan sahaja dihadiri oleh pendekar melaka, namun ianya juga turut mengundang pesilat dari singapura yang turut membuat persembahan pada malam itu.. program ini secara amnya bertujuan untuk menyatukan semula pemikiran setiap pendekar melayu agar bersedia untuk mempertahakan bangsa dan agama serta merapatkan jurang perbezaan perguruan di antara pesilat Melaka.