...

Sunday, October 7, 2012

Pelayaran Bersejarah Palembang-Melaka

Bismillah.. Alhamdulillah.. Bertarikh 7 Oktober 2012 Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera telah selamat tiba di bumi Hang Tuah Selat Melaka Petang Semalam. Pelayaran yang membawa 26 peserta terdiri daripada pelbagai kakitangan kerajaan disambut baik oleh warga negeri Melaka yang ingin menyaksikan sendiri sambutan tersebut dengan cukup meriah. beberapa jenis persembahan telah dipertontonkan seperti tarian Cina, Tarian India, Joget Melayu, Silambam dan wusyu serta tidak terkecuali Persembahan silat daripada Perguruan Gerak Insan Seni, Panca Laksamana, Cekak Malaysia dan Gerak Tepat. 

Tn Guru Yahya Bersama rakan pendekar yang lain..

 Pemain muzik tradisional Silat..

 Panca Laksamana

Ni budak silat ke body builder?

 kapal yg dihias..

 Abg-abg TUDM yang berkhidmat di atas kapal Layar Diraja (KLD)

Anak-anak Sampan yg ikut dari Pulau Besar.

ha.. Dato' Ali bersama Dato' Seri Utama Khalil Yaacob

Konvensyen & Pekan Dunia Melayu Dunia ISlam XIII 2012