...

Sunday, January 29, 2012

SOLAT.... LATIHAN.... TEMPUR.....

T-shirt PGISM

Solat merupakan rukun islam yang ke-2 selepas kalimah syahadah. Barang siapa yang bersolat maka dia telah menegakkan agama dan barang siapa yang tidak bersolat dia telah meruntuhkan agama. Sebagai seorang bangsa Melayu yang menyanjung tinggi warisan datuk nenek dalam seni mempertahankan diri iaitu silat, seharusnya Solat dan silat tidak boleh dipisahkan. Sebagai seorang islam, kita seharusnya yakin segala pergerakan, tenaga luar mahupun dalam segalanya dengan izin ALLAH SWT. Tidak seharusnya kita merasakan kakuatan yang kita peroleh adalah dengan hasil latihan kita sahaja.

ALLAH dengan kudratnya hanya memberi pinjaman kepada kita dan ingin menguji kekuatan iman seseorang apabila diberi nikmat mendalami ilmu silat. adakah seseorang itu akan bersyukur dengan nikmat tersebut atau kufur. Seperti yang telah dijanjikan oleh ALLAH dalam Al-quran:

“Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih.” – (Surah Ibrahim, ayat 7)

Orang yang bersyukur tidak akan menggunakan nikmat yang ALLAH beri untuk melakukan perkara yang buruk. Jika dalam ilmu persilatan, seseorang itu contohnya tidak akan menggunakan kekuatan silat yang diperoleh untuk membuli, bergaduh, memeras ugut dan sebagainya yang negatif. sebaliknya akan menggunakannya untuk tujuan yang baik seperti membantu orang yang dalam kesusahan, menegakkan agama bangsa dan negara.

Orang yang bersyukur tidak akan melanggar perintah ALLAH apatah lagi perintah SOLAT yang ALLAH hadiahkan kepada kita. Pengertian terhadap huruf SILAT dalam tulisan jawi " صلاة " iaitu sod mewakili solat, lam mewakili latihan, taa mewakili tempur... SOLAT, LATIHAN, TEMPUR, = SILAT.

Solat yang terbaik adalah dengan mengikut cara yang ditunjukkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W iaitu ditempat azan dilaungkan dan secara berjemaah. Jika sekuat manapun ilmu silat seseorang itu, mampu menendang sepantas kilat, menumpuk besi hingga berlekuk, mengangkat batu besar sebelah tangan, jika dia tidak mampu untuk mengangkat selimut (bangkit dari tidur terutamanya solat subuh) untuk sahut panggilan azan menuju ke masjid atau surau, maka dia belum cukup kuat. so, " Go back and practice".


Kesimpulanya, silat dan solat tidak boleh dipisahkan. itulah kelebihan orang islam yang belajar silat. jangan samakan kita dengan mat saleh yang belajar silat. luaran tampak hebat (badan tough) tapi dalamannya kosong. penuhilah dalaman hati kita dengan kebesaran ALLAH dan keyakinan yang kuat.

"Takkan melayu hilang didunia, hidup bersama ISLAM"..




Perkahwinan puteri sulong pengasas silat Anggerik Jingga

cendera hati...
cenderahati dari tuan rumah....
kumpulan muzik tradisional....

3 serangkai...


bergambar bersama pengantin..

bertarikh 29 januari kami dijemput untuk memperagakan persembahan silat di majlis perkahwinan puteri sulong pengasas Silat Anggerik Jingga iaitu arwah guru Zailan. beberapa buah perguruan lain juga turut diundang untuk membuat persembahan. walaupun PGISM perlu bekejar untuk ke jemputan seterusnya di Alor Gajah namun masih dapat menyumbangkan beberapa persembahan dimajlis tersebut.. Tuan rumah juga turut memberi cendera hati sebagai tanda kenang kenangan kepada kami. PGISM mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah dan tahniah kepada pasangan pengantin . Semoga majlis perkahwinan tersebut berjalan dengan lancar serta mendapat rahmat ALLAH SWT... amin..

Warisan Turun Temurun....(pengarah MBPJ kahwin)

mereka yang terlibat...
penari kebudayaan...
pendekar muda...
persembahan sambutan..
5 sahabat bunga 3 serangkai.., pengantin bertandu


sesi taklimat oleh Tuan guru yahya..




pada 29 januari 2012 Silat gerak Insan dijemput untuk membuat persembahan silat di majlis perkahwinan Pengarah bahagian penguatkuasa dan keselamatan MBPJ, Mohd Fauzi Maarop. pasangan pengantin bukan sahaja disajikan dgn persembahan silat, malah mereka diarak menggunakan tandu oleh PGISM sebagai tanda mengimbau kembali zaman datuk nenek moyang. Majlis telah diadakan secara besar besaran bertempat di Solok Ayer paabas, Alor Gajah Melaka... diserikan lagi dengan persembahan tarian, band, dan beberapa orang artis jemputan

.