...

Monday, January 11, 2010

LAPORAN TERHADAP KEBIADABAN BLOGGER.

antara yang terlibat
memberi laporan sampingan.....
Pak Guru Yahya dan Mohd Marwan

isu panas..... terdapat segelintir blogger yang biadap dan tidak menghormati penganut agama lain sehingga sanggup memberi kata-kata yang boleh menyebabkan ketidakpuashatian terhadap pihak lain di dalam blog. Antara isunya ialah memberi cadangan untuk menjadikan Malaysia sebagai NEGARA REPABLIC serta MENGHAPUSKAN MAJLIS RAJA-RAJA di Malaysisa. hal ini menunjukkan sikap tidak menghormati perlembagaan negara yang menjadi undang-undang tertinggi di Malaysia. antara NGO yang terlibat dalam membuat laporan tersebut ialah Yayasan Perwira, GPMS dan juga Perguruan gerak insan seni.

KEMPEN BANTAHAN PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH AGAMA LAIN

Apabila Pak Guru Yahya berbicara......
walaupun tidak berpuas hati, mereka tetap guna cara yang profesioanl..
Antara mereka yang terlibat....

Seperti yang kita sedia maklum, umat islam di Malaysia telah digegarkan dengan penggunaan nama ALLAH dalam penulisan katolic kristian baru-baru ini. Sebagai umat islam yang 100% tidak bersetuju tentang isu tersebut, satu kempen bantahan telah diadakan pada 7 jan 2010 di perkarangan masjid MITC. Beberapa buah NGO telah mengambil bahagian dalam bantahan tersebut. Antaranya ialah GPMS, PEKIDA dan PGISM.

Friday, January 8, 2010

Memperkasa Silat Melayu

tetamu jemputan.....

Antara peserta yang datang dari Johor.. gerak serentak..



pemuzik tradisional yang menyerikan lagi pertandingan
hebat bertempur senjata

tempur kosong yang mantap
pak Guru Yahya Dan Ckg zaini memerhati....
ganas........ tempur parang

Pada 12 dis 2009 bermula jam 8 am hingga 12.30 pm, satu Program Merakyatkan Seni Melayu- Memperkasa Silat Melayu telah diadakan bertempat di kg. Kelubi Jasin Melaka. Perguruan Gerak Insan Seni telah terlibat dalam menganjurkan pertandingan silat seni yang merupakan salah satu sukan rakyat dengan kerjasama unit Kebudayaan Negeri melaka dan JKKK kg. Kelubi Jasin. Antara juri yang terlibat dalam pertandingan tersebut ialah cikgu Zaini Chorong dari perguruan Gerak Serentak batu pahat Johor yang dijemput khas sebagai ketua juri, Pak Guru Yahya sebagai ketua pertandingan, Cikgu Helman, Ckg Jaafar dan Ayahanda Zainal sebagai juri 1,2,3 dan Mohd Sufi sebagai juri masa. Pertandingan tersebut telah disertai oleh pelbagai perguruan silat bukan sahaja dari melaka namun ianya juga turut melibatkan perguruan dari negeri sembilan dan johor. Selain silat seni, Sukan rakyat yang turut juga diadakan adalah seperti tarik upih, congkak dan sebagainya.